KENALPASTI WARNA KEPUTIHAN | BERTINDAK SEGERA!



Setiap wanita ada keputihan. adakah normal atau sebaliknya???

tahap kenormalan keputihan anda bergantung pada warnanya.. jom periksa kesihatan anda sebelum terlewat!





PUTIH:
Lelehan pekat,putih dan tidak menyebabkan kegatalan.Tapi jika sebaliknya itu menandakan jangkitan kulat.


JERNIH:
Ia petanda kamu sedang ''subur''.


JERNIH SERTA CAIR:
Ia boleh berlaku pada waktu berbeza dalam kitar kesuburan,dan mungkin keluar lebih banyak selepas senaman berat.

KUNING ATAU HIJAU:
Ia mungkin petanda jangkitan terutama jika ia pekat dan agak berketul seperti keju,selain berbau busuk.Elok lah berjumpa doktor segera untuk rawatan lanjut..


MERAH KEHITAMAN:
Boleh berlaku selepas haid,ia mungkin sisa darah haid.


''SPOTTING''/ LELEHAN MERAH:
Ia mungkin berlaku disaat kamu sedang subur,ketika peringkat awal kehamilan,atau ketika kamu sedang dalam haid.Jika ia berlaku sepatutnya kamu haid-tapi ia tidak berlaku,maka kamu sebaiknya menjalani ujian kehamilan.



PERIHAL JANGKITAN KULAT

Hakikatnya setiap wanita sihat ''menyimpan'' sedikit kulat pada sekitar kawasan kemaluan. Begitupun,jika jumlahnya bertambah dari kadar sepatutnya,situasi akan berubah kepada jangkitan. Dan biasanya ia tiada kena mengena dgn si suami.Antara puncanya termasukklah mengambil ubat antibiotik,hamil,kencing manis atau kesan terlalu panas hingga banyak berpeluh. Petanda jangkitan kulat? Antaranya ialah keputihan pekat,bengkak serta sakit pada sekitar rahim,gatal keterlaluan,dan kesakitan ketika seks berlansung.Untuk merawatnya doktor akan mengambil contoh sel daripada kemaluan kamu untuk menentukan jenis kuman yang menyerang. Kemudian kamu mungkin akan diberi ubat untuk dimasukkan kedalam salur kemaluan. Ia berfungsi ''membersihkan '' kawasan terbabit.Tidak pun kamu mungkin akan diberi ubat makan..


Beberapa tips mengubati keputihan (secara umum)

**Bersihkan vagina secara teratur dengan menggunakan produk pembersih yang berasaskan susu

**Hindari penggunaan produk berbentuk bedak kerana akan menggalakkan pertumbuhan kulat

**Memastikan vagina selalu dalam keadaan kering saat berpakaian

**Gunakan celana dalam yang kering

**Celana dalam yang mudah menyerap peluh layak untuk dijadikan pilihan tepat

**Sebaiknya elak memakai seluar jin kerana akan menghalang udara masuk ke organ vital

**Teratur menukar pad sewaktu period

**Amalkan Maajun Anggun Bistari

Comments

Popular Posts