DARAH ISTIHADHAH

Tahukah Anda Apakah itu Darah Istihadhah?
Lelaki juga perlu tahu..kerana lelaki pun adalah suami/bakal suami,

Persoalan yang hendak dihuraikan dalam ruang ini ialah mengenai darah istihadhah. 
Fahamilah ia dengan sebaik-baiknya supaya jangan terjebak kepada anggapan bahawa darah istihadhah itu adalah darah haid hanya kerana melihat tempoh haid belum berakhir, sedangkan bukan begitu!

Makna Istihadhah


“Istihadhah” ialah perkataan Arab yang bermaksud darah penyakit yang keluar atau mengalir dari bawah rahim seorang perempuan.
Imam Ar-Ramli seorang ulama daripada mazhab Syafi‘e mendefinisikan istihadhah ialah darah yang dilihat oleh seorang perempuan selain daripada darah haid dan nifas, samada darah tersebut bersambung dengan darah haid dan nifas ataupun tidak.
Perempuan yang dalam keadaan keluar darah istihadhah dikatakan sebagai mustahadhah. Bagi perempuan seperti ini adalah harus berubat atau mencari ubat, kerana darah yang keluar adalah darah penyakit.
Darah istihadhah itu boleh jadi keluar atau mengalir sebelum hari-hari haid atau nifas atau bersambung selepas darah haid atau nifas atau ia keluar pada hari-hari yang bukan kebiasaan hari haid atau nifas. 
Sebagai contoh darah yang keluar daripada kanak-kanak perempuan yang berumur 7 tahun. Menurut pengarang kitab Hasyiyah I‘anah ath-Thalibin jika berlaku demikian, ia adalah darah istihadhah, kerana menurut kebiasaan kanak-kanak perempuan yang didatangi haidh sekurang-kurangnya berumur 9 tahun qamariyah.
Persoalan dan kekeliruan mengenai istihadhah seringkali dikaitkan dengan haid, kerana kebiasaannya darah istihadhah keluar sebelum atau selepas darah haidh.

Berwudhuk untuk wanita yang bermasalah istihadhah

Wanita yang mengalami masalah istihadhah, ia hendaklah menunggu masuk waktu barulah mengambil wudhuk jika ingin mengerjakan solat fardhu atau solat sunat yang berwaktu. 
Tidak harus ia mengambil wudhuk sebelum masuknya waktu kerana wudhuknya hanyalah wudhuk darurat dan sesuatu yang dilakukan kerana darurat hendaklah dilakukan apabila tiba waktunya.
Menurut mazhab Syafi’ie; satu wudhuk hanya untuk satu solat fardhu sahaja. Jika ia ingin mengerjakan berbilang-bilang solat fardhu (seperti solat qadha, nazar atau menjamakkan) ia wajib mengulangi wudhuknya.
Adapun solat-solat sunat, harus ia mengerjakan seberapa banyak solat sunat yang diingini dengan satu wudhuk. 
Namun menurut mazhab Hanafi dan Hanbali; harus ia mengerjakan dengan satu wudhuk seberapa banyak solat fardhu yang dikehendaki, iaitu tiada beza dengan solat sunat.


Keadaan  dan hukum Istihadah



Bagaimana nak bersolat jika bermasalah istihadhah

Sebelum mengambil wudhuk ia hendaklah membasuh kemaluannya dengan sempurna, kemudian membalutnya dengan kain atau sebagainya sekadar yang termampu (untuk membendung darah dari keluar sekadar terdaya). 
Setelah itu, hendaklah ia segera mengambil wudhuk.
Ketika mengambil wudhuk hendaklah ia berniat untuk mengharuskan solat, bacaan al-Quran atau ibadah-ibadah lain yang mensyaratkan wudhuk. 
Contohnya; ia meniatkan di dalam hati; “Sahaja aku mengambil wudhuk untuk solat kerana Allah Taala”.
Tidak harus semasa mengambil wudhuk ia berniat untuk mengangkat hadas kerana hadasnya tidak akan terangkat selama darah sentiasa mengalir keluar dari kemaluannya kerana perkara tersebut membatalkan wudhuk.
Setelah selesai wudhuk hendaklah ia segera menunaikan solat tanpa menangguh lagi.
Sebahagian ulamak mengharuskan wanita yang menghadapi masalah istiadhah menjamakkan dua solat dengan sekali wudhuk iaitu menjamakkan zohor dan asar atau maghrib dan isyak. 
Ini kerana Rasulullah s.a.w. pernah menyuruh Hamnah binti Jahsyi r.a. yang mengalami masalah istihadhah menjamakkan dua solatnya dengan sekali mandi sebagaimana baginda pernah menyuruh Sahlah binti Sahal r.a. berbuat yang sama.
Rujukan:
(4) Al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, Syeikh ‘Abdurrahman al-Jazairi, 1/93-96.







Comments

Popular Posts