APA ITU KEPUTIHAN? | PENGEDAR MAAJUN ANGGUN BISTARI (MAB)
Keputihan pada wanita tentunya sangat mengganggu, dan
jika dibiarkan berlarutan boleh bertambah buruk.
Keputihan harus segera diatasi
Apa itu Keputihan?
Keputihan adalah cairan atau lendir yang keluar dari Vagina.
Berwarna putih, bening atau kuning kehijauan.
Cairan ini dihasilkan oleh vagina, uterus atau serviks.
Keputihan pada wanita pada dasarnya adalah normal,
hampir semua wanita pernah mengalami keputihan.
Namun keputihan juga menjadi tidak normal atau
merupakan tanda adanya penyakit tertentu. Jadi anda harus
mengenal macam-macam keputihan dan batas normalnya.
Keputihan yang dikatakan ‘normal’ bagi seorang wanita
boleh berbeza dengan wanita lain. Ada yang setiap hari
mengalami keputihan dan ada juga yang kadang-kadang
saja. Anda perlu mengenali tubuh anda dan keputihan
normal anda.
Keputihan normal biasanya dimulai 6-12 bulan sebelum
seorang gadis mendapatkan menstruasi pertamanya.
Keputihan biasanya meningkat di masa-masa ovulasi.
Comments
Post a Comment
JANGAN MALU JANGAN SEGAN.. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA !